Sunday, 26 October 2014

UKP6033 Kajian Tinjauan/Sem120142015/Rossalmi bt Mohd Nawi/M20131001418/Tugasan Individu
Plagiat
Definisi Plagiat 
Plagiat menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua ialah hasil mencedok karya atau tulisan orang lain yang disiarkan kembali sebagai karya sendiri (biasanya dalam hal karang-mengarang). Memplagiat didefinisikan sebagai mencedok karya atau tulisan orang lain dan menyiarkannya sebagai karya sendiri.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, plagiat adalah; memplagiat, mencedok kata-kata, idea, dan sebagainya daripada orang lain dan menggunakan­nya sebagai karyanya sendiri atau juga disebut menciplak.
Merujuk kepada Kamus Pelajar pula, maksud yang diperoleh adalah hampir sama iaitu mencedok karya atau tulisan orang lain yang disiarkan kembali sebagai karya sendiri.
Manakala menurut Wikipedia, plagiarisme ialah mengakui tulisan orang sebagai tulisan sendiri; mengakui gagasan orang lain sebagai pemikiran sendiri; mengakui penemuan orang lain sebagai kepunyaan sendiri; mengakui karya kelompok sebagai kepunyaan atau hasil sendiri atau menyajikan tulisan yang sama dalam kesempatan yang berbeza tanpa menyebutkan asal-usulnya. Ia juga melibatkan perbuatan meringkas dan memprafasakan, dengan mengutip secara tidak langsung tanpa menyebutkan sumbernya; meringkas dan memprafasakan dengan menyebut sumbernya, tetapi rangkaian kalimat dan pilihan katanya masih terlalu sama dengan sumbernya.
Hal-hal yang tidak tergolong sebagai plagiarisme pula ialah menggunakan informasi yang berupa fakta umum; menuliskan kembali dengan mengubah perkataan atau prafasa pendapat orang lain dengan memberikan sumber jelas dan mengutip tulisan orang lain dengan memberikan tanda batas jelas kutipan tersebut dan menuliskan sumber asalnya.
Dalam bidang akademik, gejala menciplak oleh pelajar, profesor dan penyelidik dianggap sebagai penyelewengan akademik dan pesalah boleh dikenakan hukuman berat termasuklah digantung atau dibuang dari universiti. Dalam bidang kewartawanan pula, plagiarisme dianggap sebagai pencabulan etika kewartawanan dan pemberita yang didapati menciplak akan dikenakan tindakan tatatertib termasuklah digantung atau diberhentikan kerja.
Penciplakan dalam bidang akademik dan penulisan mempunyai sejarah berkurun lamanya. Kini dengan adanya perkembangan internet, rencana telah dipaparkan secara teks elektronik, menjadikan perbuatan menciplak atau menyalin hasil kerja orang lain menjadi lebih mudah dengan hanya melakukan potong dan tampal (copy and paste) sesuatu teks dari sesebuah laman web.
Penciplakan bukanlah satu aktiviti cetak rompak. Walaupun kedua-dua istilah boleh merujuk kepada sesuatu perbuatan yang sama, tetapi masing-masing mempunyai maksud yang berbeza. Cetak rompak adalah bermaksud pencabulan hak terhadap pemilik hak cipta, di mana bahan-bahan yang dilindungi hak cipta digunakan sewenang-wenangnya tanpa izin. Sementara penciplakan pula adalah berkaitan dengan perbuatan mencedok hasil kerja penulis asal dan menterjemahkannya sebagai karya sendiri.

Jenis-jenis Plagiarisme
Terdapat beberapa jenis Plagiarisme :
1.    Plagiarisme Akademik dan Jurnalistik :
Plagiat jenis ini telah lama wujud. Kini dengan perkembangan dan kecanggihan teknologi, plagiarisme internet telah mengambil tempat. Dengan istilah  cut, copy, dan paste, atau menyalin semula, ia telah menjadi plagiat.
2.    Plagiarisme Lengkap :
Segala petikan atau pernyataan telah diambil secara menyeluruh tanpa mengubah apa-apa dari segi bahasa atau tanda baca. Pengkaji akademik berpendapat individu yang melakukan penciplakan jenis ini adalah individu yang kurang mahir dalam bidang-bidang tertentu atau sekadar malas untuk berusaha.
3.    Plagiarisme Separa :
Plagiat jenis ini berlaku apabila petikan atau pernyataan diambil dan digabungkan daripada dua atau tiga sumber yang berbeza.
4.    Plagiarisme Minima :
Plagiat jenis ini dimaksudkan apabila individu itu mengambil konsep, pendapat atau fikiran orang lain dan menterjemahkannya dalam ayat dan bentuk yang berbeza. Walaupun sesetengah individu berpendapat ia bukanlah plagiat, namun ia sebenarnya mencuri pendapat atau idea orang lain.
5.    Sumber Rujukan :
Plagiat jenis ini berlaku apabila terdapat individu mengambil beberapa senarai rujukan yang diperoleh daripada sesuatu artikel atau jurnal, yang mana rujukan yang telah diambil tersebut tidak memberikan akses maklumat yang diperlukan terhadap penulisannya. Terdapat juga individu yang menulis nama rujukan palsu. Apa yang berlaku di sini, individu tersebut telah menyalahgunakan sumber rujukan yang diperoleh dengan banyak dengan meletakkannya sebagai rujukan untuk penulisannya sendiri.
6.    Self-Plagiarisme :
Plagiat jenis ini berlaku apabila seseorang individu menggunakan karya atau petikannya sendiri daripada terbitan yang pertama, sama ada sepenuhnya atau sebahagian, atau pemikiran yang sama lalu menulisnya kembali di dalam karya atau terbitan yang lain. Penerbitan yang dilakukan telah menggunakan bahan yang sama tetapi melalui media yang berbeza telah menjadi kebiasaan yang sangat umum di kalangan ramai penulis.
Kesan Aktiviti Plagiat.
Aktiviti plagiat banyak memberi kesan kepada imej dan integriti pendidikan. Ia merupakan budaya negatif dan amat merbahaya kepada dunia intelektual negara jika tidak dibendung sebijak mungkin. Kegiatan tidak bermoral ini jika dibiarkan boleh menjadi barah kepada institusi pengajian tinggi (IPT) negara dan mampu meruntuhkan institusi ini dalam jangka masa panjang tanpa kita sedari.
Aktiviti plagiarisme adalah melibatkan etika dan moral penulisan di mana penulis adalah bertanggungjawab ke atas apa yang ditulis serta memberikan pengiktiran sewajarnya kepada hasil penulisan orang lain sewajarnya. Gejala ini boleh mencemarkan imej institusi pengajian tinggi di negara ini dan akhirnya akan melahirkan pensyarah serta siswazah yang tidak berkualiti, kurang kompeten dan tidak berdaya saing.
Masalah plagiat untuk menyiapkan tesis atau kertas kerja hanya boleh ditangani jika pihak universiti berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga memantau masalah kronik dunia intelektual ini. Pihak universiti mesti mengambil tindakan yang sewajarnya bagi membendung masalah ini terus berleluasa. Teknologi maklumat dan lambakan laman web memudahkan instrumen ini disalahgunakan di dalam aktiviti plagiat dan oleh yang demikian, perisian komputer seperti Word Check System, Turnitin, Scan My Essay dan lain-lain yang banyak diaplikasikan oleh universiti di seluruh dunia dilihat sangat berkesan dalam membendung kewujudan elemen plagiarisme dalam penyediaan kajian ilmiah, tesis dan penulisan akademik lain.
Kerajaan juga mesti tegas memberi amaran untuk menarik balik ijazah sarjana dan doktor falsafah (PhD) pelajar IPT atau pensyarah yang menipu dengan mengupah orang lain secara profesional untuk menyiapkan tesis mereka. Perkara ini perlu demi memelihara dan menjaga nama baik bukan sahaja universiti tempat mereka mengikuti pengajian, malah imej negara.
Semua pihak perlu memandang serius gejala ini dan kegagalan menanganinya boleh menjejaskan reputasi dan imej Malaysia serta mencemar integriti universiti. Ini adalah kerana negara memerlukan idea dan perspektif yang baru dan lebih bersifat tempatan dalam merangka dasar pembangunan dan bukan pandangan yang diciplak daripada penerbitan asing. Banyak keputusan kerajaan terutamanya dalam penentuan dasar banyak bergantung kepada kajian-kajian universiti.
Dari sudut pandangan penulis sebenar itu sendiri pula, sudah tentu penulis itu akan berasa marah dan kecewa apabila hasil penulisan mereka telah diciplak atau diplagiat secara bulat-bulat oleh orang lain dan tidak ada sedikit pengiktirafan yang menyatakan bahawa petikan atau penyataan yang telah ditulis tersebut adalah hakmiliknya yang asal dan asli.

Refleksi
Aktiviti plagiarisme bukanlah perkara baru di dalam sejarah penulisan dan pendidikan negara, namun begitu perhatian dan tindakan serius perlu diambil bagi menangani masalah  ini agar tidak terus menular. Melihat kepada bahaya dan kesan negatif budaya plagiarisme di dalam bidang pendidikan negara, maka usaha untuk menanganinya hendaklah dilakukan secara menyeluruh dan komprehensif. Ini kerana jika masalah ini tidak dikawal, ia akan memberi kesan yang tidak baik kepada proses pembelajaran palajar di universiti dan tabiat buruk ini akan terbawa-bawa sehingga ke alam pekerjaan kelak.
Pemahaman serta kesedaran yang tinggi berkenaan impak aktiviti negatif ini seharusnya didedahkan sejak di bangku sekolah rendah lagi dan dipanjangkan ke peringkat sekolah menengah dan peringkat matrikulasi atau kolej agar gejala ini tidak lagi menjadi barah di dalam IPT. Ini adalah kerana di samping boleh menjejaskan imej, integriti dan kualiti IPT, budaya ini turut mempengaruhi minda dan psikologi para pelajar universiti secara tidak langsung di mana pelajar yang melakukan kegiatan tidak bermoral ini akan terus dibelenggu rasa malu dan hilang keyakinan diri.
Walaupun masalah plagiat yang dilakukan oleh pensyarah dan pelajar universiti negara ini masih kecil, namun jalan penyelesaian terbaik perlu dilaksanakan dengan segera. Ini adalah penting bagi memastikan kajian ilmiah atau tesis yang dihasilkan adalah asli, berkualiti dan memenuhi piawaian yang ditetapkan oleh universiti. Contohnya, seseorang pelajar yang telah berjaya memiliki ijazah seharusnya telah menguasai bidang yang telah dipelajarinya di universiti dan seterusnya dapat mempraktikkan segala ilmu dan kemahirannya di alam pekerjaan.
Melalui pengalaman saya sendiri pula, tidak dinafikan saya sendiri berasa kecewa apabila hasil kerja atau terbitan yang telah diusahakan dengan sesungguh hati telah diciplak, ditiru atau diambil sewenang-wenangnya tanpa makluman atau pengiktirafan terhadap diri saya sebagai pemilik yang asal dan sebenar.


Rujukan

Jessica Gopalakrishnan, What Is Self Plagiarism and How to Avoid It, Aug 29, 2011 http://www.ithenticate.com/plagiarism-detection-blog/bid/65061/What-Is-Self-Plagiarism-and-How-to-Avoid-It#.VCGdOpSSyP88  

 

Madzlina Nordin, Arkib Utusan Online, 28/09/2009


Wikipedia, ensiklopedia bebas.



Wednesday, 5 February 2014

BBM sifir (tambah berulang)



Tahun ni first time kena mengajar MT tahun 2. J
Dah 10 tahun mengajar budak2 besar tahap 2, sekarang budak2 kecik2..
Masuk kelas, oke, dapat menyesuaikan diri dengan keadaan n suasana kelas, tapi time ngajar, kena turun skit level kita yg dh terbiasa ngn budak2 besar sblm nih.
Ajar n ajar n ajar......masuklah ke topik darab...n bahagi. Sifir? Masalah nih? Macamane nk bagi pelajar tahun 2 yang baru nak blajar sifir untuk hafal sifir?
Cikgu pun cedoklah skit2 pengalaman mengajar tahap 2..
Cara ni juga lebih senang untuk mengira topik bahagi...
Maka terhasillah sifir tambah berulang. Memang sangat membantu pelajar tahap 1 untuk mencari nilai sifir, seterusnya menghafal dan terus lagi boleh diguna untuk menyelesaikan operasi bahagi.
Kita berkongsi apa yang kita tahu... Cikgu2 lain yang lebih berpengalaman, mungkin ade lagi cara yang lebih efektif, sudi2kanlah untuk share... J

BBM sifir (tambah berulang) 28 kpg